DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SOLAT SUNAT HARI RAYA


Solat Hari Raya ada dua iaitu Hari Raya Fitri (Hari Raya Puasa) dan Hari Raya Adha (Hari Raya Haji) pada 10 Zulhijjah. 
Kedua Solat hari raya tersebut adalah sunat muakkad bagi laki-laki dan perempuan. Boleh dikerjakan sendiri atau berjemaah, sebaiknya berjemaah.


Solat Hari Raya Fitri 

Waktu Solat Hari Raya Fitri dari terbit matahari hingga masuk waktu Zohor . Dilakukan dua rakaat. 
Sementara mengunggu waktu solat semasa didalam masjid hendaklah kita bertakbiran: (tiga kali)

"Allah Maha Besar (3 Kali) Tidak ada tuhan melainkan Allah ,Allah maha besar dan segala puji bagi Allah,Allah Maha Besar dan Maha Agung dan segala puji bagi Allah. Maha suci Allah pada pagi dan petang tiada tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah ,dengan ikhlas kami beragama kepadanya walaupun orang-orang kafir membenci, tidak ada tuhan melainkan Allah sendirinya benar janjinya dan dia menolong akan hambanya dan dia mengusir musuh nabinya dengan sendirinya tiada tuhan melainkan Allah,Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan baginya segala puji " 
 
Mendirikan Solat Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha (Berjemaah)

Hari Raya Fitri (lafaz niat) :
Usolli Sunnatal Li'Idil Fitri Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allah Akbar.
"Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Idil Fitri dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala."

Hari Raya Adha (lafaz niat) :
Usolli Sunnatal Li'iidil Adhaa Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allahu Akbar.
"Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Adha dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala."

Sebelum membaca Al-Fatihah iaitu selepas membaca doa Iftitah bertakbirlah 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.

Di antara Takbir ke Takbir hendaklah kita membaca tasbihnya iaitu:
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah , Tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung"

Rakaat pertama dan kedua baca Al-Fatihah.Surah dibaca oleh imam.


0 ulasan: