Solat Sunat Sebelum Fardhu Zohor Setelah masuk waktu Zohor, dan sekiranya berada di masjid iaitu berjemaah; sesudah Azan sebelum Qamat atau ketika di rumah ada baiknya mengerjakan solat sunat sebelum solat(Fardhu) Zohor yang termasuk dalam bahagian Sunat Muakkad Lafaz niat: Usolli sunnataz Zuhri rak'ataini qabliyatan ,lillahi ta'ala Allahu akbar "Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Pada rakaat pertama baca Al-Fatihahselepas itu Al-Kafirun atau baca surah yang dikehendaki dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah, selepas itu baca surah yang dikehendaki, misalnya surah Al-Ikhlas |
Solat Sunat Selepas Fardhu Zohor Setelah solat fardhu Zohor dan sesudah wirid-wirid dan berdoa sebaiknya lakukan solat sunat selepas solat Zohor Lafaz niat: Usolli Sunnataz Zuhri rak ataini badiyatan, lillahi ta'ala Alluhu akhbar "Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Selepas baca Al-Fatihah pada rakaat pertama selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas dan pada rakaat kedua setelah Al-Fatihah baca pula Surah An-Nas. |
Solat Sunat Asar Setelah masuk waktu Asar, selepas Azan, maka disunatkan kita solat sunat sebelum solat fardhu Asar Lafaz Niat: Usolli Sunnatal Ashri rak'ataini Lillaahi Ta'ala Allhu akhbar "Sahaja aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Pada rakaat pertama bacalah Al Fatihahdan Surah Al -Ikhlas Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas |
Solat Sunat Selepas Fardhu Maghrib Setelah selesai solat fardhu Maghrib dan sesudah tasbih, tahmid, takbir dan doa, alangkah baiknya mengerjakan solat sunat selepas Maghrib Lafaz niat : Usolli Sunnatal Maghribi Rak'ataini Lillahi Ta'ala. Allahu Akhbar " Sahaja aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Bacalah Al-Fatihah dan Surah Al- Kafirunpada rakaat pertama , pada rakaat kedua baca Al- Fatihah dan Surah Al-Ikhlas |
Solat Sunat Sebelum Fardhu Isyak Setelah Azan, sebelum mengerjakan fardhu Isyak disunatkan solat sunat Isyak Lafaz niat: Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Qabliyyatan Lillaahi Ta'ala Allahu Akhbar . " Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala " Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-KafirunRakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al-Ikhlas. |
Solat Sunat Selepas Fardhu Isyak Setelah mengerjakan solat fardhu Isyak dan setelah tasbih,tahmid, takbir dan berdoa,alangkah baiknya menambah amal dengan mengerjakan solat sunat Ba'diyah Isyak Lafaz niat: Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Ba'diyyatan Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar "Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala " Rakaat pertama baca Al-Fatihah selepas itu baca surah Al-Ikhlas Dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah selepas itu baca surah |
Solat Sunat Sebelum Fardhu Subuh Setelah masuk waktu Subuh iaitu sesudah Azan lakukan solat sunat sebelum Subuh dua rakaat. Lafaz niat: Usolli Sunnatal Subhi Ra'ataini Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar " Sahaja aku solat sunat Subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala " Bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, pada rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. |
0 ulasan:
Catat Ulasan