| ||
Mendirikan Solat Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha (Berjemaah) Hari Raya Fitri (lafaz niat) : Usolli Sunnatal Li'Idil Fitri Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allah Akbar. "Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Idil Fitri dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala." Hari Raya Adha (lafaz niat) : Usolli Sunnatal Li'iidil Adhaa Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allahu Akbar. "Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Adha dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala." Sebelum membaca Al-Fatihah iaitu selepas membaca doa Iftitah bertakbirlah 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua. Di antara Takbir ke Takbir hendaklah kita membaca tasbihnya iaitu: "Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah , Tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung" Rakaat pertama dan kedua baca Al-Fatihah.Surah dibaca oleh imam. |
0 ulasan:
Catat Ulasan