hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolongya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..