DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


ZIKRULLAH


Sebenarnya Allah s.w.t telah menunjukkan jalan kepada mereka yang ingin mengingatinya(zikrullah). Firman Allah :
      
“ Dan berzikirlah dengan menyebut Allah sebagaimana yang di tunjukkanNya kepadamu.”
(Al-Baqarah:198)

Ini bermaksud bahawa kita hendaklah ingat bahawa Allah S.W.T telah mengurniakan kita suatu peringkat kesedaran dan iman, kita hanya mampu menurut keupayaan dan kemampuan masing-masing.

        Nabi Muhammad s.a.w berkata zikir yang paling baik ialah zikir yang di amalkan ku dan semua nabi sebelum aku  iaitu La Ilaha Ilallah  iaitu Tiada Tuhan selain Allah. Ada pelbagai peringkat Zikrullah dan tiap-tiap peringkatnya ada jalannya tersendiri. Ada zikir ynag menguatkan suara ada Zikir dalam hati.Pada awalnya eloklah zikir itu di kuatkan suara.Setelah itu zikrullah itu menyerap peringkat demi peringkat keseluruh diri kita turun ke hati dan seterusnya ke jiwa atau roh. Kemudian terus ke peringkat rahsia. sejauhmana zikrullah itu menyerap keperingkat–peringkat tersebut terserahlah kepada kurniaan dan keizinan Allah S.W.T. Zikrulllah pada mulut sahaja hanya pengistiharan yang hati tidak melupakan Allah. Zikir senyap atau zikir hati adalah pergerakkan emosi atau perasaan. Zikir hati ialah melalui ‘rasa’ iaitu rasa tenang akan keagungan Alllah S.W.T. Zikir roh ialah melalui sinaran nurrullah yang di pancarkan olehnya. Zikir peringkat rahsia ialah melalui dzauk yang di rasai hasil melihat rahsia Allah S.W.T. Zikir peringkat rahsia bagi segala rahsia atau zikir rahsia dalam rahsia membawa kita kepada di tempat yang disenangi di sisi Tuhan yang berkuasa (Al-Qamar:55). Zikir peringkat terakhir ialah zikir khafi al-akhfa iaitu yang paling dalam dan paling tersembunyi. Ini membawa kita ke peringkat perasaan fana atau lenyap diri dan bersatu dengan Allah s.w.t.

          Pada hakikatnya tiada sesiapa pun kecuali Allah yang mengetahui keadaan seseorang yang telah memasuki peringkat ini di mana terkandung semua ilmu firman Alllah,

 “Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”  (Surah Toha: Ayat 7)
Roh itu lebih suci dan lebih seni dari semua keadaan roh yang lain. Itulah digelarkan anak hati atau anak roh. Roh ini dikirim dari peringkat Yang Maha Kuasa dan diletakkan dalam alam nyata (alam dimana sifat-sifat Allah terzahir pada makhluk) tetapi ia tetap jenis peringkat atau alam hakikat yang tinggi. Ia tidak peduli apa pun kecuali Alllah.Nabi pernah bersabda, ‘Dunia ini tidak perlu dan tidak berguna kepada mereka yang inginkan akhirat.Akhirat itu pula tidak berguna dan tidak perlu bagi mereka yang mengejar dunia ini, bahkan tidak akan di beri perhatian oleh mereka.Tetapi hati atau jiwa yang mencari zat Allah baik dunia mahupun akhirat tidak akan menarik pandangan atau perasaan mereka.Dunia dan akhirat pun tidak di pedulikannya lagi.

          Maka roh atau jiwa ini adalah ‘anak hati’ atau ‘anak roh’. Itulah roh yang ada pada diri orang-orang yang mencari, memperolehi Tuhannya dan bersama dengan Tuhannya. Apa jua yang anda lakukan maka diri, jasmani anda itu hendaklah menurut jalan yanhg lurus. Ini hanya dapat dilakukan dengan menurut dan memelihara syariat agama kita. Oleh itu, seseorang itu hendaklah sedar dan mengingati Allah (zikrullah) sentiasa, siang dan malam, zahir dan batin. Mereka yang memandang hakikat maka zikrullah adalah wajib.

 Firman Allah :

“Ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk, dan di waktu berbaring.(An-Nisaa’:103).

Firman Allah lagi :

“ Orang-orangyang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan terbaring dan merka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata,”Ya Tuhan kami,tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci engkau,maka peliharalah kami dari siksa mereka.”
(Al-Imran:191).

0 ulasan: