DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

   

   1.   Berbuka dengan membaca doa.
   
   2.   Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan
         buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut
         kemampuan masing-masing.
   3.   Bolehlah makan nasi & "noodles"
 
            Nasi                    "Noodles"
            Nasi putih            Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
            Nasi ulam            Koayteow  }
            Nasi kerabu
 
   4.    Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
   
   5.    Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
   
   6.    Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
   
   7.    Berhenti makan sebelum kenyang.
   
   8.    Lebihkan minum air.
   
   9.    Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus
          buah-buahan.
   10.   Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang
          Disyorkan adalah seperti berikut:

           
            Nasi putih               Oats/ Nestum
            Roti/ Ban                Buah-buahan/ Kurma
   
   Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan
   Laut.

0 ulasan: