DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SOLAT SUNAT TASBIH


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih adalah solat yang disyariatkan dan dilakukan empat rakaat . Solat Tasbih adalah solat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutallib . 
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,sekiranya tidak dapat melakukan pada tiap malam,kerjakanlah sekali seminggu,andaikata tidak sanggup sekali seminggu usahakan sekali sebulan,sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,cukup dengan sekali setahun ,kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. 

Solat Sunat Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam 

Lafaz niat 
Usolli Sunnatal Tasbiihi Arba'a Raka'aatin Lillaahi Ta'ala ,Allahu Akbar 
"Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala " 

Solat Sunat Tasbih waktu malam, dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan satu salam 

Lafaz niat 
Usolli Sunnatal Tasbiihi Rak'ataini Lillaahi Ta'ala , Allahu Akbar
" Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala" 

Pada setiap rakaat ucaplah Al-Fatihah dan selepas itu surah mengikut pilihan sendiri
Selepas doa Iftitah, Al-Fatihah san surah sebelum ruku ucaplah tasbih 15 kali iaitu : 

"Mahasuci Allah dan segala puji bagi Allah , dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan maha agong" 

Ruku', dan setelah melafazkan tasbih ruku', ucapkan tasbih di atas sebanyak 10 kali, kemudian Itidal 
Selesai tahmid I'tidal terus melafazkan tasbih tersebut 10 kali dan kemudian sujud 
Ketika sujud selesai tasbih sujud kemudian membaca tasbih 10 kali dan kemudian duduk antara dua sujud 
Selesai tasbih duduk antara dua sujud ucapkanlah 10 kali lalu sujud kedua 
Setelah selesai mengucapkan tasbih sujud kedua, kemudian menyebut tasbihnya 10 kali sebelum berdiri melakukan rakaat kedua, hendaklah "duduk sekejap" dan melafazkan tasbihnya 10 kali . 
Dari seluruh tasbih yang dibaca pada rakaat pertama berjumlah 75 kali tasbih, bererti 75 X 4 rakaat = 300 tasbih . 
Hendaklah ingat ketika duduk tahyat akhir, sebelum membaca tahyat hendaklah melafazkan tasbihnya dahulu sebanyak 10 kali 
Selesai Tahyat ,memberi salam. Lakukan cara yang sama pada rakaat ketiga dan keempat Sekiranya lupa menyebut tasbih di satu-satu tempatnya, bolehlah digantikan di tempat berikutnya, sehingga jumlahnya tetap 300 tasbih . 

Selepas salam ucapkanlah doa : 
Ertinya: "Ya Allah wahai yang maha pengasih dan penyayng wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan " 

Setelah itu berdoa pula sebanyak lima kali 
Ertinya: "Wahai ahli takwa dan ahli keampunan wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat, berilah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmatmu kepadaku, tambahlah nur dan kejelasan untukku wahai kekasih-kasih yang mengasihi " 
  

0 ulasan: