DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID


Setiap kali memasuki masjid , sebelum duduk disunatkan mengerjakan solat sunat dua rakaat yang dinamakan solat sunat Tahiyyatul Masjid .Bila hendak masuk masjid disunatkan membaca doa:
Ertinya: " Ya Allah ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah pintu-pintu rahmat dan restu-Mu" Setelah itu lakukan solat sunat Tahiyyatul Masjid 
Lafaz niat : 

Usolli Sunnatan Tahiyatul Masjid Rak'ataini Lillaaahi Ta'ala , Allahu Akhbar .  

Setelah itu lakukan solat sunat Tahiyyatul Masjid 
Lafaz niat : 

Usolli Sunnatan Tahiyatul Masjid Rak'ataini Lillaaahi Ta'ala , Allahu Akhbar. 

" Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah  selepas itu Al-Kafirun Dan pada rakaat yang kedua bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas 

Bila duduk dalam masjid hendaklah lafaz niat Iktikaf iaitu :
" Sahaja aku Iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"

0 ulasan: