DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SOLAT SUNAT RAWATIB


Solat Sunat Sebelum Fardhu Zohor 

Setelah masuk waktu Zohor, dan sekiranya berada di masjid iaitu berjemaah; sesudah Azan sebelum Qamat atau ketika di rumah ada baiknya mengerjakan solat sunat sebelum solat(Fardhu) Zohor yang termasuk dalam bahagian Sunat Muakkad 
Lafaz niat: 
Usolli sunnataz Zuhri rak'ataini qabliyatan ,lillahi ta'ala Allahu akbar "Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala" 
Pada rakaat pertama baca Al-Fatihahselepas itu Al-Kafirun atau baca surah yang dikehendaki dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah, selepas itu baca surah yang dikehendaki, misalnya surah Al-Ikhlas 
Solat Sunat Selepas Fardhu Zohor 

Setelah solat fardhu Zohor dan sesudah wirid-wirid dan berdoa sebaiknya lakukan solat sunat selepas solat Zohor 
Lafaz niat: 
Usolli Sunnataz Zuhri rak ataini badiyatan, lillahi ta'ala Alluhu akhbar  "Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selepas baca Al-Fatihah pada rakaat pertama selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas dan pada rakaat kedua setelah Al-Fatihah baca pula Surah An-Nas.
 
Solat Sunat Asar

Setelah masuk waktu Asar, selepas Azan, maka disunatkan kita solat sunat sebelum solat fardhu Asar 
Lafaz Niat:
Usolli Sunnatal Ashri rak'ataini Lillaahi Ta'ala Allhu akhbar  "Sahaja aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al Fatihahdan Surah Al -Ikhlas Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas 
 
Solat Sunat Selepas Fardhu Maghrib  

Setelah selesai solat fardhu Maghrib dan sesudah tasbih, tahmid, takbir dan doa, alangkah baiknya mengerjakan solat sunat selepas Maghrib 
Lafaz niat : 
Usolli Sunnatal Maghribi Rak'ataini Lillahi Ta'ala. Allahu Akhbar  " Sahaja aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala" 
Bacalah Al-Fatihah dan Surah Al- Kafirunpada rakaat pertama , pada rakaat kedua baca Al- Fatihah dan Surah Al-Ikhlas 
 
Solat Sunat Sebelum Fardhu Isyak  

Setelah Azan, sebelum mengerjakan fardhu Isyak disunatkan solat sunat Isyak 
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Qabliyyatan Lillaahi Ta'ala Allahu Akhbar .  " Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-KafirunRakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al-Ikhlas.
Solat Sunat Selepas Fardhu Isyak 

Setelah mengerjakan solat fardhu Isyak dan setelah tasbih,tahmid, takbir dan berdoa,alangkah baiknya menambah amal dengan mengerjakan solat sunat Ba'diyah Isyak 
Lafaz niat: 
Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Ba'diyyatan Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar "Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Rakaat pertama baca Al-Fatihah selepas itu baca surah Al-Ikhlas Dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah selepas itu baca surah 
 
Solat Sunat Sebelum Fardhu Subuh 

Setelah masuk waktu Subuh iaitu sesudah Azan lakukan solat sunat sebelum Subuh dua rakaat. 
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Subhi Ra'ataini Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar  " Sahaja aku solat sunat Subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala " Bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, pada rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. 
 

0 ulasan: