DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SOLAT SUNAT JUMAAT


Hari Jumaat sebelum mendirikan solat fardhu Jumaat disunatkan solat dua rakaat sebelumnya dan dua rakaat sesudah solat Jumaat. Setelah Azan dirikan solat sunat sebelum solat Jumaat dan setelah solat fardhu dirikan pula solat sunat.
Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat 

Sebelum solat Jumaat dikerjakan dua rakaat solat sunat iaitu setelah Azan sebelum solat fardhu Jumaat 
Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Jumaati Rak'ataini Qabliyatan,Lillahi Ta'ala Allahu Akbar  "Sahaja aku solat Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta'ala." 

Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah  dan Surah Al-Ikhlas Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas.
 
Solat Sunat Selepas Solat Jumaat 

Selepas solat Jumaat disunatkan solat dua rakaat.Setelah wirid dan doa dirikanlah solat sunat selepas solat Jumaat
Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Jumaati Rak'ataini Ba'diyatan Lillahi Ta'ala . Allahu Akbar
"Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rakaat pertama baca Al-Fatihah dan baca surah Al-Ikhlas Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas.

0 ulasan: