DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SOLAT SUNAT HAJAT


Bila timbul masalah dalam sesuatu perkara maka mintaklah pertolongan dari Allah dengan mendirikan Solat Sunat Hajat. Solat Hajat banyak macam bentuknya dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukun tetap sama . 

Solat Hajat 

Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau petang
Lafaz niat : 
Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar 
Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala" 

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas 
Teruslah lakukan hingga cukup 12 rakaat dan bererti mempunyai 6 salam 
Pada rakaat yang terakhir(rakaat ke 12) sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:

a) Al- Fatihah (7 kali ) 
b) Ayatul Kursi(7 kali) 
c) Baca : (10 kali)
"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa"

d) Kemudian baca: 
" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku " 

Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam. 


0 ulasan: