DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SOLAT SUNAT DHUHA


Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi . Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam . 
Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"  

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama ucapkanlah surah As-Syams Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha Semasa sujud akhir bacalah sebanyak 40 kali : 


Selepas memberi salam berdoalah :
"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ". " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh" 



0 ulasan: