DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


SEDETIK JUANG

Ya Allah,
Bantulah aku menghadapi dunia yang penuh pancaroba,
Bantulah aku menghadapi siksa jiwa,
Yang dicipta oleh bibir-bibir durjana,
Kau bantulah aku,
Menyulam benih kesabaran,
Kau bantulah aku,
Menitip tutur kepastian,
Agar tidak aku terguris segala perasaan,
Yang kurasakan ibarat duri dalam sekam.


Ya Allah,
Semakin kurang umurku meniti usia,
Tidak pernah pasti,
Banyak mana yang aku perjuangkan untuk Islam,
Terasa kerdil,
Malu dengan  usaha yang tidak pernah matang,
Sedang hidup kata pergi,
Sakaratulmaut kata mari,
Aku,
Insan di sekelilingku,
Belum pernah menyedari,
Bahawa dunia ini akan mati.


Ya Allah,
Kau lansungkan kekuatan dalam diriku,
Suluhkan aku jalan juang,
Kembalikan aku ke pangkal jalan,
Biar aku genggam obor yang menyala,
Walau tangan terbakar dititis luka,
Mana mungkin aku hanya bisa memandang,
Dunia yang dulu riang kini hilang ditelan zaman.


Ya Allah,
Dengan kudrat yang sekerat,
Jiwa yang terhambat,
Disulami rindu pada-Mu,
Aku mohon,
Lahirkan di kalbuku,
Satu titik keberanian yang jitu,
Untuk aku turun berjihad,
Dengan penuh semangat,
Kefahaman yang tetap,
Untuk Islam yang terhebat.


Ya Allah,
Hanya pada-Mu kami memohon segalanya,
Yang biasa atau yang luar biasa,
Yang kecil atau yang besar,
Yang perlu atau tidak perlu,
Justeru,
Kau perhebatkanlah barisan kami,
Yang tidak akan pernah tumbang,
Untuk-Mu,
Agama-Mu,
Kekasih-Mu,
Dan ummah seluruhnya.




Nukilan : Zahratie
1835
10042010

0 ulasan: