DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


AMALAN AYATUL KURSI





Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan
iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan
mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis
serta menyebarkannya.


* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan
dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara
dengan izin Allah s.w.t.

* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50
kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah
akan
mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu
pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala
kefakiran didepan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada
pagi
Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri
daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika
dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
dan
mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
perperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

0 ulasan: