DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


YA ALLAH



Ya Allah..
Entah apa yang ingin aku katakan..
terlalu banyak dosa yang telah aku himpunkan..
terlalu jahil  aku untuk mengerti keEsaan-Mu..
terlalu payah untuk aku mengecapi redha-Mu..
dan terlalu gundah hatiku untuk mengerti..
membelai diriku dengan segala kekeliruan..

Ya Allah..
berilah aku nur-Mu yang terang..
bergermerlapan agar aku tidak lagi dalam kegelapan..
hilang segala ketakutan..
bermulanya aku untuk meniti setiap titis kerinduan-Mu..
ketenangan yang bukannya terlihat pada hiburan..
tetapi pada ayat-ayat suci-Mu yang mencoretkan segala pujukan..
mengajar aku erti kebenaran dan kesahihan..

Ya Allah..
tetapkanlah keimanan yang telah Engkau wujudkan dalam diriku..
suburkannya dengan tinta-tinta sunnah Nabi-Mu..
mekarkannya dengan wangian keredhaan-Mu..
anugerahkannya dengan kemanisan iman-Mu..

Ya Allah..
sesungguhnya aku merindui setiap bibit kasih-Mu..
yang bukannya sementara tetapi untuk selama-lamanya..
aku akui Engkaulah yang punyai sifat yang syumul..
yang tidak ada pada kami..
maka Kau ampunilah kami Ya Allah..
atas segala keterlanjuran yang telah kami lakukan..
dan sejahterakanlah nabi junjungan, Muhammad S.A.W..
Amin..amin..Ya Rabbala'lamin..

SUATU PENJELASAN


Wahai insan,
Jangan engkau salah sangka,
Maluku bukan tanda aku suka,
Seriusku bukan suatu jenaka,
Terubahnya aku bukan kerana manusia,
Tetapi sekadar suatu acuan,
Yang masih tertatih,
Dalam menuju langkah,
Mencipta personaliti sebenar,
Yang digariskan jalan ke syurga.

Wahai insan,
Jangan engkau salah sangka,
Pandanganku bukan meraih hati,
Senyumku bukan retorik penyeri,
Gayaku bukan pemusnah iman,
Yang bakal merosak diri,
Sedang aku masih mencuba,
Membina konkrit kubu sebenar,
Dalam meraih redha-Nya.

Wahai insan,
Jangan engkau salah sangka,
Langkahku bukan mengundang panah,
Yang meruntun jiwa mereka,
Bukan jua niat menoda,
Sedangkan aku masih perlu,
Mengatur denai hidup,
Agar sentiasa dalam kasih-Nya.

Wahai insan,
Jangan engkau salah sangka,
Kadangkala khilafku menyonsong fitnah,
Salahku mendatang marah,
Jangan pula aku diratah,
Dengan lidah yang bisa berkata apa sahaja,
Dengan pena yang mampu mengukir ribuan bicara,
Sebaiknya aku diislah,
Dengan kata yang paling indah,
Agar aku dapat merasa,
Indahnya Islam di mata dunia,
Juga menjadi bekalan di hari yang bakal tiba.

Wahai insan,
Bantulah!
Pimpinlah!
Bukan dengan amarah,
Tetapi dengan amanah,
Agar mereka bisa merasa,
Betapa hebatnya iman dan Islam di dalam jiwa,
Yang menjadi panduan hingga ke jinjang syurga.



Hak Cipta Terpelihara : Siti Zaharah Ramli