DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


YA RABBUL IZZATI


Alhamdulillah,
Masih aku bernafas di hamparan bumi bertuah,
Dengan hati dan jasad yang masih gagah,
Dengan nikmat Allah yang tidak pernah lelah,
Dengan kasih sayang-Nya yang tak pernah patah,
Betapa cinta Allah tidak pernah lemah.

Subhanallah,
Masih aku tersenyum dengan nikmat Islam yang suci,
Dengan Al-Quran yang menjadi pemimpin sejati,
Dihiasi dengan alunan sunnah Nabi,
Sungguh!
Nikmat Islam itu indah sekali,
Betapa cinta Allah tidak pernah mati.

Allahuakbar,
Masih aku mampu merasai nikmat Iman yang bercahaya,
Dengan peringatan yang sentiasa ada,
Dibajai dengan kalimah-Nya yang membanjiri bibir para hamba,
Sungguh!
Nikmat Iman itu tidak tergambar dengan kata-kata,
Betapa cinta Allah tidak pernah binasa.

InsyaAllah,
Masih aku mampu menggapai impian yang diangan,
Dengan usaha dan tawakal yang menjadi teman,
Dihujani air mata yang  sentiasa berlinangan,
Hanya untuk menggapai keredhaan-Mu Ya Rahman,
Betapa cinta Allah tidak pernah berkurangan.

MasyaAllah,
Masih aku disaji dengan tangan kezaliman yang kejam,
Dengan rasa belas dan ihsan yang telah punah padam,
Dikhianati janji yang digenggam,
Dihancuri iman dan azam,
Betapa cinta Allah itu menguji kesabaran terpendam.

Astaghfirullah,
Masih aku diuji dengan pelbagai dugaan,
Dengan diacukan aku dengan berbagai tawa dan tangisan,
Dilandakan aku dengan cubaan,
Semata-mata untuk memantapkan iman,
Betapa cinta Allah itu membuahkan kemanisan.

Ya Allah,
Pada-Mu aku berserah,
Dengan diri yang hina dan lemah,
Mengharapkan redha dan kasih-Mu yang indah,
Untuk aku terus melangkah,
Berjuang ke jalan-Mu sebagai mujahidah,
Semoga amalku kelak menjadi bekalan di alam barzakh.



Hak Cipta Terpelihara : Siti Zaharah Ramli

0 ulasan: